situasi ini berlaku agak nya sudah sekian lama(dalam tahun ni jugak)..tetapi saya masih ghairah untuk membicarakan nya..
di suatu pagi..ketika saya sedang berada di rumah sebelum bersiap untuk pergi kerja(after SPM)..
di kala membuka televisyen dengan niat untuk seketika..saya tertarik untuk memanjangkan niat saya dek kerna satu rancangan yang tersiar pada tika itu iaitu MHI...dan niat saya itu bukanlah kerana tertarik kepada wajah manis pengacaranya si Wardina Safiyyah yang sudah berpunya itu..tetapi kepada tetamu jemputan iaitu bekas MB Selangor si Dr. Mohamed Khir Toyo dan tajuk perbincangan nya yang menjurus kepada program Perkampungan Hadhari..
dan apa yang membuatkan saya berasa agak geram dan tidak puas hati pada ketika ialah jawapan yang beliau kemukakan apabila diutarakan soalan tentang punca kelembapan orang Melayu yakni Islam dalam pelbagai bidang mutakhir ini..."..pd sye masalah ini semue berlaku krn org melayu kite sekarang masih memandang Islam hanye pd ibadah, (pegi masjid, bace yasin, tahlil dll)..sdgkan Islam yg sebenar bkn begitu shj.."lebih kurang demikian lah jawab beliau dengan suara serak basah nya yang agak macho itu(macho beb!)..
namun pada hemat saya..ehem2..mungkin jawapan yang beliau berikan itu releven dan wajar pada zaman tuk kaduk yakni zaman perjuangan Kaum Muda dahulu..kerna jawapan nya seakan akan menyatakan bahawa orang Melayu sekarang terlalu rajin beribadah sampai lupa kepentingan dunia dalam Islam..lalu menimbulkan beberapa persoalan pada diri saya..
1. Berapa ramaikah dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia yang benar2 rajin dalam beribadah(pergi masjid, solat jemaah, baca Yasin dll)?
2. Wajarkah kalau kita membuat hipotesis bahawa anak2 muda Melayu Islam yang majoriti yang lemah pencapaian akademiknya disamping menjebakkan diri dalam gejala sosial melampau(rempit, hisap dadah, seks bebas, dll) dalam erti kata lain memang tidak maju membangun lagi bertamadun itu, menjadi sedemikian kerana terlalu berpegang kepada kuat ajaran Islam dan memandang Islam hanya pada ibadah?
3. Golongan manakah yang sering/istiqamah berkunjung ke masjid untuk beribadah pada setiap hari?(kategori; usia, kerjaya, taraf ekonomi, pendidikan dan sbgnya)
saya yakin ramai yang boleh menggunakan akal yang sehat dalam memberikan jawapan yang relevan..jadi adalah satu kebodohan yang nyata jikalau difikirkan faktor kemunduran orang melayu yang diberikan oleh Dr.Mohamed Khir Toyo..melainkan beliau mempunyai agenda tersendiri..yakni berunsurkan politik ataupun mahu merosakkan minda dan kefahaman Islam masyarakat Melayu sendiri..malah jikalau difikirkan kenyataan beliau boleh menanam pandangan serong lagi negatif terhadap keperluan beribadah di dalam kehidupan..kerana bagi saya penumpuan kepada ibadah bukanlah masalah utama kemunduran yang melanda masyarakat melayu Islam sekarang..tetapi kebejatan pemikiran masyarakat melayu terutamanya anak2 muda dalam menapis kemasukan pengaruh2 negatif Barat yang melalaikan sehingga merenjatkan pembangunan dan kemajuan akademik anak2 melayu Islam sekarang..betul @ tidak?
(ini sekadar pendapat..bagi la komen bagi sesiapa yang mahu bagi..mari kita buka minda kita bersama sama)
Thursday, May 15, 2008
minda si ahli politik: satu renungan bersama..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam. aku sokong.
th amar..len kali klu bley smbangkan idea2 mnarik ko skali..
Post a Comment