Thursday, May 15, 2008

minda si ahli politik: satu renungan bersama..

situasi ini berlaku agak nya sudah sekian lama(dalam tahun ni jugak)..tetapi saya masih ghairah untuk membicarakan nya..
di suatu pagi..ketika saya sedang berada di rumah sebelum bersiap untuk pergi kerja(after SPM)..
di kala membuka televisyen dengan niat untuk seketika..saya tertarik untuk memanjangkan niat saya dek kerna satu rancangan yang tersiar pada tika itu iaitu MHI...dan niat saya itu bukanlah kerana tertarik kepada wajah manis pengacaranya si Wardina Safiyyah yang sudah berpunya itu..tetapi kepada tetamu jemputan iaitu bekas MB Selangor si Dr. Mohamed Khir Toyo dan tajuk perbincangan nya yang menjurus kepada program Perkampungan Hadhari..

dan apa yang membuatkan saya berasa agak geram dan tidak puas hati pada ketika ialah jawapan yang beliau kemukakan apabila diutarakan soalan tentang punca kelembapan orang Melayu yakni Islam dalam pelbagai bidang mutakhir ini..."..pd sye masalah ini semue berlaku krn org melayu kite sekarang masih memandang Islam hanye pd ibadah, (pegi masjid, bace yasin, tahlil dll)..sdgkan Islam yg sebenar bkn begitu shj.."lebih kurang demikian lah jawab beliau dengan suara serak basah nya yang agak macho itu(macho beb!)..

namun pada hemat saya..ehem2..mungkin jawapan yang beliau berikan itu releven dan wajar pada zaman tuk kaduk yakni zaman perjuangan Kaum Muda dahulu..kerna jawapan nya seakan akan menyatakan bahawa orang Melayu sekarang terlalu rajin beribadah sampai lupa kepentingan dunia dalam Islam..lalu menimbulkan beberapa persoalan pada diri saya..



1. Berapa ramaikah dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia yang benar2 rajin dalam beribadah(pergi masjid, solat jemaah, baca Yasin dll)?



2. Wajarkah kalau kita membuat hipotesis bahawa anak2 muda Melayu Islam yang majoriti yang lemah pencapaian akademiknya disamping menjebakkan diri dalam gejala sosial melampau(rempit, hisap dadah, seks bebas, dll) dalam erti kata lain memang tidak maju membangun lagi bertamadun itu, menjadi sedemikian kerana terlalu berpegang kepada kuat ajaran Islam dan memandang Islam hanya pada ibadah?


3. Golongan manakah yang sering/istiqamah berkunjung ke masjid untuk beribadah pada setiap hari?(kategori; usia, kerjaya, taraf ekonomi, pendidikan dan sbgnya)



saya yakin ramai yang boleh menggunakan akal yang sehat dalam memberikan jawapan yang relevan..jadi adalah satu kebodohan yang nyata jikalau difikirkan faktor kemunduran orang melayu yang diberikan oleh Dr.Mohamed Khir Toyo..melainkan beliau mempunyai agenda tersendiri..yakni berunsurkan politik ataupun mahu merosakkan minda dan kefahaman Islam masyarakat Melayu sendiri..malah jikalau difikirkan kenyataan beliau boleh menanam pandangan serong lagi negatif terhadap keperluan beribadah di dalam kehidupan..kerana bagi saya penumpuan kepada ibadah bukanlah masalah utama kemunduran yang melanda masyarakat melayu Islam sekarang..tetapi kebejatan pemikiran masyarakat melayu terutamanya anak2 muda dalam menapis kemasukan pengaruh2 negatif Barat yang melalaikan sehingga merenjatkan pembangunan dan kemajuan akademik anak2 melayu Islam sekarang..betul @ tidak?

(ini sekadar pendapat..bagi la komen bagi sesiapa yang mahu bagi..mari kita buka minda kita bersama sama)

Tuesday, May 13, 2008

pencerobohan ke Lata Kekabu..




PERISTIWA ini berlaku ketika saya sedang menduduki SPM pada tahun lepas(2007)..di mana ketika itu pelajar2 yang menduduki exam bio yang tidak mengambil kerta PSV telah pulang dengan merdekanya dari sekolah yang membosankan..
namun, sebagai golongan muda yang sentiasa memburu nilai kenikmatan hedonisme..dengan penuh macho kami bertandang ke Lata Kekabu yang terletak tak jauh dari sekolah biarpun demam SPM belum lagi surut..
ternyata Lata Kekabu memang tidak menghampakan..air yang mengalir menjadi saksi kami bermandi dengan penuh ghairah macam badak air afrika..
tengah syok2 mandi..trip yang datang lambat datang membawa khabar berita.."oi..cikgu Ali panggil balik..die kate kalau tak die sekat sijil berhenti sekola.." saya kala itu memikirkan meroyan ke apa nak tahan sijil sekolah..
manakala si pembawa berita tadi dengan penuh emosi turut layan berendam sama..suasana memang agak meriah dek kerna ramainya ahli 'rombongan' dengan ramai yang tak tau berenang(tak sangka pulak..!) tapi mandi dekat tempat dalam jugak..
mungkin inilah detik yang akan terbayang-bayang tatkala membawa haluan masing2 kelak..
pelbagai detik dan aksi turut berjaya di rakam termasuk rakaman aksi gaya ala summersault versi korea selatan milik peribadi saya..trimas buat saudara Hafiz Hussein a.k.a WAX kerna sudi menjadi encik cameraman tanpa gaji dengan shot yang cukup sensasi(tah bila nak bg video tu kat saya)..
selesai sudah 'beraksi' sehingga hampir terkulai..kami mula beransur meninggalkan deruan air Lata Kekabu..
tika pulang itu kami menghayati keasyikan petang yang damai dengan pemandangan di tasik yang menghiasi perjalanan pulang kami..seterusnya memutuskan untuk berhenti melepak di gerai sebelah tasik..tika melepak turut terzahir di situ kelibat cikgu zul yg sedang keluar dari keretanya dengan penuh riak(pasal aritu menang dragrace dengan si saha ko-op)..turut disitu pakcik drebar bas maktab yang digelar TC(tue capap),cikgu Ali yang tampak cool macam ketakutan nak sound kami, dan si saha ko-op yang loser sendiri..
sebelum beredar pulang..si WAX 'mencuri' sedikit memori di jeti tasik dengan kameranya..

THE KITE RUNNER dan dilema Amerika-Afghanistan..


"..sgt memilukan.."itulah ulasan yg saya baca drpd sebuah akhbar ttg filem yg kelihatan agak mmbosankan(best jgk) jikalau dilihat secara gitu2..namun bg saya kepiluan itu tidaklah se 'besar' mna(sbb sya tgk dkt umah..klu kt panggung x tau la mcm mne gaye nye)..ttp masih tetap berbaloi dan wajar utk di tonton..kerna bberapa faktor terutama nya mesej dan realiti yg ditonjolkan filem ini..

bermula dgn paparan mngenai realiti kehidupan di Afghan pd era 70-an yg penuh dgn suka duka dan keamanan sebelum kedatangn tentera Soviet..kemudian beralih kepada realiti terkini di negara Islam tersebut yakni dibelenggu kuasa rejim Taliban..

bg saya ia penuh dgn mesej bahawa sesuatu psahabatan atau perpaduan mmpu di jalin meskipn berbeza kasta dan suku kaum..juga akn naluri manusia yg sering mnginginkn kebebasan dan keamanan dlm mwujudkn hidup yg bahagia.mlh turut mmaparkn realiti yg boleh djadikn pengtahuan bguna bg para penonton ttg Afghanistan..

ia juga turut mmaparkn khidupn golongn kaya yg liberal pemikiran agama nya, yg mmpunyai pndgn terndiri terhdp definisi dosa di dlm kehidupn..yg dceritakn ketika adegan mminum arak di hadapan anaknya..
malah turut mmaparkn ttg situasi pelaksanaan syariah yakni hudud yg digunapakai olh rejim Taliban mutakhir ini..yg dipndng gerun dikalangan masyarakat moden malah umat Islam sndiri..

saya bpndapt filem ini wajar ditonton trutama olh generasi muda kini kerna bg saya filem ini ada kualitinya yg tersndiri di mana ia terletak bkn pada seni grafik mahupun aksinya,ttp pd mesej kemanusiaan dan nilai persahabatan yg dipaparkn..tgklaa ble lg..