Thursday, June 5, 2008

memori di SEBERANG..



Keinginan untuk melancong pastinya ada pada jiwa setiap manusia..kalau di soal setiap orang, macam2 nama tempat akan terpancul dari mulut masing2..dan pastinya, destinasi2 di negara2 barat akan menjadi nama paling lazim untuk di tuju..namun destinasi pertama saya di luar negara bukanlah wilayah2 orang2 putih tersebut..cuma hanyalah di seberang yakni di daerah nusantara jua..dengan alasan melawat si kakak yang gigih menuntut ilmu perubatan di sebuah universitas di Bandung, Indonesia..jadi sambil menyelam minum airlah..



Memori tersebut yang tak semegah mana yang hanya terkitar di sekitar Bandung sahaja(sebab luas jugak Indon ni) namun banyak perkara yang boleh direnung lantas dibandingkan dengan situasi di tanah air sendiri..Pada saya, harus diakui bahawa sememangnya Malaysia ternyata kalah pada negara serumpun tersebut dari segi industri pelancongan , kerna kembara saya di Bandung sahaja sudah menonjolkan pada saya akan daya tarikan Indonesia yang lebih dinamik..malah budaya dan rencana kehidupan di sana tampak lebih menarik..mungkin jauh lebih dari Malaysia(malaysia tetap tanah airku!)..



Apa yang mahu dipertimbangkan saya disini..adalah budaya dan rencana hidup masyarakat tempatan mereka.
Rakyat Indonesia sememangnya tampak lebih cergas dan sihat pada gaya hidup..sesekali boleh dilihat di kala pagi kaum wanita malah kaum lelaki sendiri bersenam robik secara berjemaah yang ramai di hadapan pasaraya2 dan juga di mana2 kawasan yang lapang..ternyata satu gaya hidup yang belum terlekat pada masyarakat Malaysia yang jikalau dibandingkan lebih gemar bersendiri tanpa ambil tahu perkembangan masyarakat setempat..

Kita orang Malaysia terutamanya Melayu seing berbangga kononnya budaya rakyat Malaysia ramah2 dan mesra orangnya..kuat senyum pulaktu..saya sendiri pun tak tahu mengapa kita menghukum masyarakat kita begitu..kerna masalahnya betulke?Namun kunjungan ke Bandung menampakkan betapa selesanya layanan mereka terhadap orang luar..meskipun saya ini hanya dari wilayah sebelah tanah Melayu dan serumpun..taktahu lah mungkin wajah saya persis mat saleh(perasaan pulak!)..Sukar untuk digambarkan dengan kata2..dan mungkin saya keseoranganberfikiran sedemikian..namun saya yakin tidak keseorangan..apabila seorang sahabat yang mempunyai saudara di Acheh turut bersetuju dengan saya..


Di sana juga membuatkan kita menyedari..akan kelibat anak2 muda yang dilihat ber legar2 dalam pasaraya..dengan fesyen pakaian yang stylo dan macam2 gaya..sama seperti di Malaysia..tapi kita tahu niatnya berbeza. Kelihatan anak2 muda itu ada agendanya tersendiri..tatkala melihat mereka terpekik2 "Donut donut!" ataupun "Teh teh!",atau "Bubur bubur!"...kita menyedari meskipun mereka tidak terlepas daripada hasutan hedonisme yang melanda golongan remaja kini..mereka masih gigih mencari sumber pendapatan untuk menyara diri..ada antara mereka yang menarik baldi yang dipenuhi teh sosro, mengangkat bekas besar yang berisi donut, malah tak kurang juga yang mengusung dulang berisi bubur..sememangnya suasana yang saya jangka tak pernah dilihat berlaku di Malaysia..mungkin kerana kesempitan hidup di Indonesia yang memaksa mereka melakukan mereka berperilaku sedemikian..


Jikalau di pasar pula berbeza situasinya..saya masih ingat ketika menjamu selera di sebuah warung di dalam pasar..datang satu dua kumpulan anak muda berkugiran menghiburkan pangunjung gerai semata2 untuk mengemis derma dari wang dari pengunjung gerai..dan yang best, lepas anak2 muda tadi pergi ke tempat laindatang pulak mak nyah sorang ni buat 'perfomance' pulak(best ke?)..nyanyi lagu nasyid pulak tu..dah maknyah buat buat bodoh je lah..
Sememangnya banyak perkara yang baru dan boleh saya ceritakan tentang pengalaman singkat di sana..dengan ada lumba motor mini dalam pasar..dan keadaan lalulintas yang macet tahap brutal..terlalu banyak, tapi saya dah malas menulis lagi...

1 comments:

top the pop said...

WAH!!!

best la cite2 ko nie..

patut di post kan selalu..

RESPECT SAME BM KAU!!!

hehehe...