Sunday, June 8, 2008

cinta 135LC

Malam itu sungguh hening, damai entah mengapa..dan kala itu tercipta suatu kisah di sebuah rumah di sebuah kampong..Pak Samad pada detik itu sedang leka membaca paper merangkap kuli kerajaan yakni Utusan Malaysia..walaupun dah dibelek berpuluh kali ketika siang..tapi naluri jiwanya menghasut untuk terus membelek..kalau boleh nak hafal berita tajuk utama hari itu..biasalah, minyak naik..Isterinya Zaiton merangkap peminat setia RTM1 tika itu sedang sedang asyik tergedik2 menonton rancangan kegemarannya yakni rancangan paling sensasi lagi merangsang minda, apalagi kalau bukan Dunia Anita. "Mu wak gapo nuh ton? Mu dari tadi dok tepacok depe tibi tuh, keriange keseorange..",soal Pak Samad dengan loghat Kelantan pekatnya, sememangnya anak jati negeri pimpinan ulama tersebut. "ala tengok ni aa..ape tu ..dunie anita..hu2,bes betul..kan bes kalau kite dapat menantu macam si Anita nih, kan bang?! kan3?!" jawab Zaiton kemanjaan. "Lantok mu loh..", ujar Pak Samad seakan tak tergoda dengan jawapan tergedik2 isterinya.



Sebut fasal menantu, tercetus di fikiran Pak Samad akan kedua anaknya. Si Ramli yang baru di tingkatan empat setahunya sudah lesap merayau sejak sebelum Isyak lagi, manakala si Ayu masih tak terlihat kelibatnya pada malam itu. "Ayu ade dalam bilik tu..ntah buat ape si die..kate die nak kluar malam nih" ujar Zaiton tatkala di soal Samad tentang anak gadisnya yang baru habis SPM itu. "Tubik? Mesti denge budok tu lagi" desus hati Pak Samad. Anak gadisnya yang persis ayu Ayu OIAM sememangnya gemar bersiar2 di malam hari sejak akhir2 ini. Sebagai seorang bapa yang sporting hanya merelakan sahaja perbuatan anak gadisnya itu.Biarlah..sekali sekala.



Tiba2,"priiittttt!! priiiiiittttttt!!!!". Keheningan malam itu pecah dengan bunyi yang agak gagah lagaknya. "nate gapo pulok wak bise male2 nih?". Zaiton meluru ke pintu dengan bersemangat. Terlihat di situ kelibat seorang jejaka bersemayam di atas 135LC nya, Saling tak tumpah macam superhero Masked Rider dengan motor 'kumbang'nya. "000OOOOOOooooooooo......!"cukup 5 harkat "Meoonn...!"terpancul nama itu dari mulut Zaiton kesukaan. Meon. Jejaka kampong yang terkenal kegagahannya. Gagah yang datang bukan dari jasadnya, tapi dari Yamaha 135LC tanpa tuti dan bercluch milik peribadinya. Sememangnya penuh bergaya. Dengan tersenyum kesipu-sipuan tanpa memberi salam "erm...makcik. Boleh saya jumpe...""Haaaaaaaaa! Ayu eyh?kejap yek. Ayyyuuuuuuu!!!ooo ayu oi!ni meon nih!" pintas Zaiton sebelum sempat Meon menghabiskan bicaranya. Dengan beberapa detik sahaja keluar Ayu dari kamar terkinja2 sambil berzikir "Meon3!". Sebelum melompat ke belakang seat motor, sempat Ayu salam sambil mencium tangan ibunya. Bagus anak ini. "memang ayu.."desus hati Zaiton. "erm..nak p mana?"."Pekan makcik" jawab meon spontan tanpa melunturkan senyum bajet baby-face beliau. "Jalan bek2 yee..jangan lupe bace bismillah.." nasihat berguna Zaiton untuk mereka.



"..vrrooooommm..." kedengaran bunyi 135LC yang senyap tatkala mereka berlalu. Zaiton bagaikan mahu menitiskan air mata kebanggaan tatkala mendengar bunyi 135LC yang sememangnya menjadi pujaan anak2 muda kini. Tanpa beliau sedari drama yang berlaku sebentar tadi sedang disaksikan jiran mereka si Joyah yang tengah buang tabiat menyapu depan rumah malam2. "Sape tu kak ton?" soal Joyah sontan. "Opocot kau!..joyaaaah joyah. Terkezut aku. Ingat orang minyak mane tadi..tadi tu si meon..ala meoooonnn ..!". "Mane nak cari lagi orang minyak Kak Ton oii...kan petrol da naik skarang. Nampak suke beno Kak Ton..calon menantu ke?hu2" Joyah mengusik. "Syok betol aku nengok pakwe anak aku tuh.Muke dah ade brand, iras2 Sean Kingston. Siap ade 135LC pulak tu..!Hik3!!Betuah betol anak dare aku!"gedik Zaiton tampak merebak. "Laa..takkan camtu pon Kak Ton dah kagum. Anak jantan saye dekat kelumpo nuh siap ade Myvi lagi. Saye cool jek".



Khali sejenak. Zaiton terdiam, mencari ayat seterusnya. Beliau tampak panas dengan kata2 Joyah. "Suke hati aku la.."kata Zaiton lantas menamatkan dialognya dengan Joyah sebelum berjalan ke daun pintu rumah, dengan gaya persis Azean Irdawaty dalam Datin Diaries. Kala kakinya hampir memijak lantai rumah tiba2 satu pekikan "Makk!!Mak!". Zaiton kenal suara itu. Kelihatan anak jantannya Ramli berada di pagar dalam condition tercungap2. "Mak! Kak Ayu mak! Kak Ayu abg meon dengan pak Imam!...diorang.........."............................................................................................................apakah sebenarnya yang berlaku? Yang pasinya melibatkan Ayu, Meon 135LC dan pak imam. Nak tahu?!



(kite gune care ala2 Impian Ilyana)

Berikan jawapan berdasarkan pendekatan di sisi pemikiran anda.



a. Pasangan 135LC Ayu dengan Meon telah mengalami kecelakaan dengan Pak Imam ketika dalam perjalanan.



b. Ayu dan Meon telah dikantoikan oleh Pak Imam bersama konco2nya beromen(nauzubillah!) di dalam semak.



c .Ayu dan Meon telah dijempot oleh Pak Imam untuk pekena tehtarik Superpower ketika di pekan.



Berikan jawapan dalam komentar @ dah malas sangat boleh fikir sendiri. Pemenang bertuah akan menerima hadiah berupa percutian 3 hari 2 malam ke Pulau Batu Peteh*.



*memandangkan harga diesel tempatan dah naik, pemberian hadiah berkemungkinan besar dibatalkan dan tidak diberi langsung. Harap maaf....

1 comments:

top the pop said...

Bagi sayalah,ini lah jawapan nya..

akakakkakaka..

Ayu dan Meon telah dijempot oleh Pak Imam untuk pekena tehtarik Superpower ketika di pekan.