namun, sebagai golongan muda yang sentiasa memburu nilai kenikmatan hedonisme..dengan penuh macho kami bertandang ke Lata Kekabu yang terletak tak jauh dari sekolah biarpun demam SPM belum lagi surut..
ternyata Lata Kekabu memang tidak menghampakan..air yang mengalir menjadi saksi kami bermandi dengan penuh ghairah macam badak air afrika..
tengah syok2 mandi..trip yang datang lambat datang membawa khabar berita.."oi..cikgu Ali panggil balik..die kate kalau tak die sekat sijil berhenti sekola.." saya kala itu memikirkan meroyan ke apa nak tahan sijil sekolah..
manakala si pembawa berita tadi dengan penuh emosi turut layan
mungkin inilah detik yang akan terbayang-bayang tatkala membawa haluan masing2 kelak..
pelbagai detik dan aksi turut berjaya di rakam termasuk rakaman aksi gaya ala summersault versi korea selatan milik peribadi saya..trimas buat saudara Hafiz Hussein a.k.a WAX kerna sudi menjadi encik cameraman tanpa gaji dengan shot yang cukup sensasi(tah bila nak bg video tu kat saya)..
selesai sudah 'beraksi' sehingga hampir terkulai..kami mula beransur meninggalkan deruan air Lata Kekabu..
tika pulang itu kami menghayati keasyikan petang yang damai dengan pemandangan di tasik yang menghiasi perjalanan pulang kami..seterusnya memutuskan untuk berhenti melepak di gerai sebelah tasik..tika melepak turut terzahir di situ kelibat cikgu zul yg sedang keluar dari keretanya dengan penuh riak(pasal aritu menang dragrace
sebelum beredar pulang..si WAX 'mencuri' sedikit memori di jeti tasik dengan kameranya..
0 comments:
Post a Comment